AirAsia raih emas di Anugerah ASTRID

AirAsia raih emas di Anugerah ASTRID

KUALA LUMPUR, 8 Jun – AirAsia Bhd berjaya merangkul Anugerah Emas dalam Laporan Tahunan Korporat – kategori bukan tradisional bebas pada majlis Anugerah ASTRID baru-baru ini selepas syarikat penerbangan itu menonjolkan keunikan dalam laporannya untuk 2014 yang bertemakan, “Penerbangan ASEAN”.

Laporan Tahunan 2014 oleh AirAsia X Bhd yang bertemakan, “Pasukan Mengagumkan, Destinasi Menakjubkan” pula menggondol Anugerah Gangsa dalam kategori yang sama.

AirAsia dalam satu kenyataan pada Rabu, berkata Anugerah ASTRID yang bertempat di New York telah dibuat bagi mengiktiraf kualiti cemerlang dalam keaslian kreativiti, inovasi dan reka bentuk.

AirAsia, yang melakukan penerbangan hampir ke semua destinasi utama dalam ASEAN, menyatakan pasaran kekal menarik untuk lebih banyak laluan dan pen-ting mempunyai platform yang sesuai dan mewujudkan permintaan.

“Terdapat potensi untuk lebih banyak hubungan dan kekerapan,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aireen Omar semasa ditanya sama ada pasaran ASEAN telah tepu.

AirAsia melakukan penerbangan hampir ke semua bandar-bandar utama dalam blok negara 10 anggota itu dan beberapa bandar peringkat kedua dan ketiga di rantau ini, katanya. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA