AirAsia rancang keluarkan bon AS$300 juta – laporan

AirAsia rancang keluarkan bon AS$300 juta – laporan

SINGAPURA, 15 Jun (Reuters) – AirAsia Bhd, syarikat penerbangan tambang murah terbesar di Asia, merancang mengumpul wang dengan mengeluarkan bon berjumlah AS$300 juta dan mungkin menjual kapal terbang untuk membantu memotong hutang kumpulan, menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tony Fernandes dalam sepucuk surat kepada para pelabur.

Fernandes, yang telah memimpin AirAsia menjadi perniagaan berbilion dolar daripada operasi dua buah kapal terbang pada 2002, berkata kumpulan merancang mengeluarkan AS$150 juta dalam bon boleh tukar di setiap syarikat bersekutu Filipina dan Indonesia. Ia juga mungkin menjual dan menyewa sehingga 20 pesawat udara dalam armada kumpulan pada tahun ini, kata beliau dalam surat tersebut, yang mana satu salinannya diperoleh oleh Reuters.

Komen dalam surat Fernandes, dihantar hari ini, keluar beberapa hari selepas firma di Hong Kong GMT Research mengeluarkan satu laporan yang menyoal amalan perakaunan AirAsia. Dalam laporannya, GMT berkata AirAsia menggunakan urus niaga dengan syarikat bersekutu untuk menambah pendapatan, mengejutkan pelabur dan memimpin saham syarikat penerbangan merosot kepada tahap rendah lima-tahun pada 12 Jun.

Bagaimanapun AirAsia enggan memberi komen mengenai laporan GMT. Walaupun pemimpin di kalangan syarikat penerbangan tambang murah dalam pasaran penerbangan yang berkembang pesat di dunia, perniagaan AirAsia telah pun terjejas sejak kebelakangan ini oleh persaingan dengan pesaing serantau, seperti Malaysia Airlines Bhd, unit Jetstar Qantas Airways Ltd, Lion Air di Indonesia dan subsidiari Singapore Airlines Ltd.

“Beberapa butir di sini masih belum dimuktamadkan tetapi apa yang ditulis akan menjadi realiti,” kata Fernandes dalam surat itu. “Disebabkan pergerakan baru-baru ini dalam harga saham, kami berkongsi butir-butir bersama anda lebih awal daripada dirancang,” kata beliau, tanpa merujuk kepada laporan GMT. Seorang jurucakap daripada AirAsia enggan memberi komen mengenai surat tersebut.

AirAsia, pelanggan pembuat kapal terbang terbesar Asia Airbus, melaporkan kerugian bersih untuk tempoh Oktober-Disember 2014, dan telah mengurangkan pesawat udara baru untuk mengendali kapasiti.

Ia berkata sebelum ini bahawa ia merancang menyenaraikan syarikat bersekutu Filipina dan Indonesia untuk mengumpul wang untuk memajukan perniagaan, tetapi telah terjejas oleh permintaan yang lemah selepas sebuah kapal terbang yang dikendalikan oleh syarikat bersekutu Indonesia terhempas pada Disember, membunuh kesemua 162 penumpang.

Dalam suratnya, Fernandes berusaha memberi jaminan kepada pelabur bahawa perniagaan semakin meningkat. Beliau percaya tahun 2015 akan menjadi tahun amat baik di sebalik persekitaran operasi yang lebih baik dan pasaran yang jauh lebih rasional. Kami telah menunjukkan kepada anda perkembangan yang baik dalam IQ15. Kami percaya pada keputusan, bukan perkataan,” kata Fernandes.

Hari ini, saham AirAsia merosot 2.8 peratus, setelah menurun 18 peratus sejak GMT menyiarkan laporan pada 10 Jun.

ARTIKEL YANG SAMA