AirAsia sasar tambahan 3 juta penumpang ke Langkawi

AirAsia sasar tambahan 3 juta penumpang ke Langkawi

LANGKAWI, 24 Jan – AirAsia menyasar untuk membawa tiga juta lagi penumpang ke Langkawi dalam tempoh lima tahun akan datang, susulan permintaan berpotensi bagi destinasi pelancongan terkenal itu.

Pada 2015, AirAsia membawa sebanyak 1.6 juta penumpang bagi laluan Langkawi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tony Fernandes berkata untuk mencapai sasaran tersebut, syarikat sedang meneliti lebih banyak laluan antarabangsa dari dan ke Langkawi, termasuk Hong Kong, Jakarta dan Shanghai.

AirAsia meraikan penerbangan sulung dari Guangzhou, China ke Langkawi di Kompleks Lang Merah, Lapangan Antarabangsa Langkawi, di sini hari ini. – Bernama

Datuk Seri Najib Tun Razak (Tengah) bersama Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, bergambar bersama Penerbangan sulung pesawat AirAsia dari Guangzhou ke Langkawi di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) hari ini. - Bernama
Datuk Seri Najib Tun Razak (Tengah) bersama Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, bergambar bersama Penerbangan sulung pesawat AirAsia dari Guangzhou ke Langkawi di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) hari ini. – Bernama