AirAsia tawar...

AirAsia tawar diskaun 50 peratus bagi destinasi ASEAN

KUALA LUMPUR, 14 Feb – AirAsia Bhd menawarkan promosi istimewa 50 jam dengan diskaun 50 peratus ke semua destinasi ASEAN dalam rangkaian penerbangannya sempena Kempen Melawat ASEAN@50.

“Tempahan dibuka mulai 15 hingga 17 Februari ini untuk perjalanan antara 5 September hingga 23 November 2017 dengan tambang rendah ke semua 10 negara, iaitu Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Syarikat penerbangan itu berkata, tempahan boleh dibuat melalui airasia.com serta aplikasi mudah alih AirAsia.

AirAsia berkata, ia juga telah melancarkan Kempen ‘Live Life Unexpected’ bagi menggalak pengembara menghayati pengalaman unik ASEAN melalui rangkaian 80 destinasi di Asia Tenggara bagi menyokong inisiatif Melawat ASEAN@50.

“Melalui kempen ini, AirAsia akan menjalankan promosi bulanan dengan tambang rendah di semua pasaran dengan diskaun 50 peratus bagi memulakan Kempen Melawat ASEAN@50,” katanya.

Ketua Komersial AirAsia Bhd, Spencer Lee berkata, sebagai syarikat penerbangan rasmi ASEAN, AirAsia berhasrat untuk mempromosi ASEAN sebagai destinasi tunggal tetapi pelbagai kepada seramai mungkin. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA