AirAsia tawar diskaun menarik

AirAsia tawar diskaun menarik

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – AirAsia Bhd menawarkan diskaun 20 peratus ke atas tambang dalam talian pada Pameran Pelancongan MITM Kuala Lumpur 2016 (MITM 2016) yang berlangsung dari 5 hingga 7 Ogos, 2016.

AirAsia yang menjadi penerbangan rasmi bagi MITM 2016 dalam satu kenyataan, berkata tawaran itu sah untuk tempoh perjalanan dari 8 Ogos 2016 hingga 6 April 2017.

“Pengunjung ke gerai pameran AirAsia di MITM 2016 akan menikmati diskaun untuk penerbangan di bawah AirAsia Malaysia, AirAsia Thailand, AirAsia Indonesia, AirAsia Filipina serta AirAsia X Malaysia.

“Di atas diskaun itu, pengunjung yang menempah dua tiket penerbangan pergi balik ke Macau di gerai pameran AirAsia untuk perjalanan menjelang 31 Dis 2016 akan menikmati rebat serta merta sebanyak RM200.

“Mereka yang menempah dua tiket penerbangan balik AirAsia X ke Osaka, Gold Coast, Busan dan Mauritius akan menikmati penjimatan yang lebih besar,” katanya. Anggota AirAsia-Citi Card dan prabayar BIG MasterCard pula diberi kelebihan bagi semasa menempah tiket di gerai pameran AirAsia dan tidak perlu beratur panjang. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA