AirAsia tawar harga serendah RM29

AirAsia tawar harga serendah RM29

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) – AirAsia Bhd menawarkan harga serendah RM29 bagi perjalanan sehala ke destinasi dalam negara, ASEAN dan kawasan lain, bersempena kemerdekaan negara.

Harga promosi jualan Merdeka itu boleh ditempah mulai 24 sehingga 30 Ogos ini bagi tempoh perjalanan dari 1 Februari sehingga 26 Mei, 2016.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan tambah rendah itu berkata penerbangan ke Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Alor Setar dan Kota Baharu dari Kuala Lumpur ditawarkan pada harga serendah RM29 manakala ke Kuching pula bermula RM89 bagi perjalanan sehala.

“Mereka yang berminat juga boleh memilih destinasi antarabangsa seperti Pattaya, Thailand daripada serendah RM109; Goa, India (serendah RM199); Maldives (serendah RM299) serta dari mana-mana bandar raya lain sekitar ASEAN,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA