AirAsia tawar promosi istimewa

AirAsia tawar promosi istimewa

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia menawarkan tiga juta promosi tempat duduk ke lebih 20 negara di seluruh Asia dan Australia bermula 19 hingga 25 Okt.

Menurut AirAsia dalam satu kenyataan di sini hari ini, tambang istimewa itu disasar untuk memacu perjalanan domestik dan antarabangsa dalam lingkungan rangkaian serantau yang meluas bagi kumpulan penerbangan AirAsia dan AirAsia X.

Bagi perjalanan domestik dalam Malaysia, pelanggan boleh menuju ke Pulau Pinang dan Kota Baharu dengan tambang termasuk semua daripada serendah RM29 sehala, Langkawi daripada RM39 sehala, Kuching daripada RM89 sehala manakala Kota Kinabalu RM109 sehala, kesemua destinasi itu berlepas dari Kuala Lumpur.

Pelanggan juga boleh menikmati perjalanan dari Kuala Lumpur ke destinasi lain seperti Pattaya, Thailand dengan tambang termasuk semua daripada serendah RM99 sehala, Goa (India) hanya daripada RM229 sehala, Busan (Korea Selatan) pula bermula RM249 sehala sementara Sapporo (Jepun) yang sangat popular hanya daripada RM359 sehala.

p19-1_20151019

Promosi tambang termasuk semua ini adalah tertakluk kepada perjalanan sehala sahaja termasuk cukai.

Tempahan bagi promosi tempat duduk ini boleh dibuat daripada 19 hingga 25 Okt, 2015 bagi tempoh perjalanan mulai 1 Mac hingga 29 Okt 29, 2016 melalui airasia.com, aplikasi mudah alih AirAsia di peranti iPhone dan Android, serta laman mudah alih mobile.airasia.com. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA