AirAsia tawar promosi tambang sempena Ramadan

AirAsia tawar promosi tambang sempena Ramadan

KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) – Syarikat penerbangan tambang murah, Kumpulan AirAsia menawarkan tiket penerbangan sehala termasuk semua serendah RM8 untuk destinasi tempatan dan RM59 untuk destinasi antarabangsa, termasuk Indonesia dan Brunei.

Ini termasuk laluan di Malaysia Timur untuk tempoh perjalanan mulai 15 Jun hingga 15 Julai ini sempena Ramadan, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Tambang promosi itu boleh diperoleh untuk tempahan dalam talian di airasia.com, aplikasi mudah alih AirAsia di peranti iPhone dan Android serta laman mobile.airasia.com mulai 1 hingga 7 Jun 2015.

AirAsia X, syarikat bersekutu Kumpulan AirAsia juga menawarkan tambang termasuk semua daripada RM299 untuk perjalanan sehala ke pelbagai destinasi di Jepun, Taiwan dan Australia.