AirAsia tawar tambang promosi

AirAsia tawar tambang promosi

KUALA LUMPUR, 26 April – AirAsia Bhd menawarkan tambang promosi termasuk semua daripada serendah RM49 bagi penerbangan ke Sarawak.

Dalam satu kenyataan hari ini, AirAsia berkata, laluan terlibat termasuk Kuala Lumpur ke Kuching, Kota Kinabalu ke Kuching dan dari Kuching ke Miri, Bintulu dan Sibu. “Tempahan boleh dibuat dalam talian di airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia mulai sekarang sehingga 8 Mei 2016,” katanya dengan menambah, penumpang boleh membuat perjalanan segera. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA