AirAsia terima anugerah

AirAsia terima anugerah

SEPANG, 13 April – AirAsia telah memenangi Pembaharuan Katering Terbaik Tahun ini pada Anugerah Onboard Hospitality 2016 (Anugerah Layanan Baik Dalam Penerbangan) yang berlangsung di Hamburg, Jerman, yang menjadikannya penerbangan tambang murah untuk memenangi mana-mana dari 10 kategori yang dipertimbangkan.

AirAsia telah memenangi anugerah bagi Barista dalam produk kopi gourmet di udara, yang menawarkan para tetamu kopi T&Co – espresso, long black, cappuccino dan caffe latte – yang baru di bru dengan menggunakan mesin espresso dalam penerbangan oleh kru kabin yang telah dilatih sebagai barista profesonal. Produk itu kini hanya diperolehi di AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK).

Anugerah Layanan Baik dalam Penerbangan mengiktiraf kecemerlangan dan inovasi dalam industri penerbangan dan untuk mengiktiraf produk-produk yang telah mengubah industri layanan baik dalam penerbangan untuk yang lebih baik. Ia dianjurkan oleh Onboard Hospitality, sebuah majalah unggul tentang industri layanan baik yang menumpu pada katering dalam penerbangan, teknologi dalam penerbangan, trend sistem penerbangan, inovasi dan isu-isu yang berdaya tahan.

Mike Pooley menyerahkan anugerah kepada Spencer Lee.
Mike Pooley menyerahkan anugerah kepada Spencer Lee.

Finalis-finalis dipilih oleh para pembaca Onboard Hospitality melalui undian online, dengan para pemenang kemudian dipilih oleh panel yang terdiri dari pakar-pakar industri ini. Para hakim akan diminta menilai para finalis pada 11 kriteria – tanggapan pertama, kualiti, ketahanan, jangka hayat, berat, kebergunaan, rekaan, kefungsian rasa, kandungan dan bagaimana produk menambah pengalaman pelanggan.

Hakim Mike Pooley dan Keerthi Hapugasdeniya berkata tentang Barista di Udara “Ini adalah konsep hebat kerana ia mengubah para pembuat dalam proses pembuatan kopi untuk mewujudkan kopi khusus seperti cappuccino atau latte di udara.”

Ketua Komersial AirAsia Spencer Lee berkat “Kami teruja memenangi anugerah Onboard Hospitality bagi Inovasi Katering Tahun ini. Apabila AirAsia dan T&Co memulakan perkhidmatan ini, kami tahu akan ke arah sesuatu yang bagus dan anugerah ini telah membuktikannya. Ia adalah bukti sebenar komitmen AirAsia perlu berinovasi, bukan saja dari segi teknologi, bahkan juga membawa perkhidmatan dalam penerbangan kami ke peringkat seterusnya untuk para tetamu kami.”

ARTIKEL YANG SAMA