AirAsia terima pesawat A320neo pertama

AirAsia terima pesawat A320neo pertama

KUALA LUMPUR, 8 Sept – AirAsia Bhd menerima pesawat A320neo pertamanya pada satu acara khas di Hamburg, Jerman.

Ia merupakan pesawat A320neo pertama yang dikuasakan oleh LEAP-1A CFM International di Asia Tenggara dan kedua di dunia, kata Airbus dalam satu kenyataan hari ini.

“Dilengkapi ruang kabin fleksibel untuk keselesaan optimum penumpang, pesawat itu mempunyai 186 tempat duduk,” katanya. AirAsia ialah pelanggan syarikat penerbangan terbesar Airbus bagi barisan pesawat A320 menerusi tempahan 575 pesawat.

Daripada jumlah itu, 404 terdiri dariapda model A320neo, diikuti tempahan terbaharu bagi 100 pesawat A321neo yang dibuat semasa Pameran Udara Farnborough.

A320neo ialah pesawat satu lorong yang juga paling cekap dari segi penggunaan minyak dan paling laris di dunia. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA