AirAsia: Tiada langkah menjadi syarikat persendirian ketika ini

AirAsia: Tiada langkah menjadi syarikat persendirian ketika ini

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) – AirAsia Bhd hari ini menjelaskan bahawa pengasasnya tidak mempertimbangkan bagi menjadikan syarikat tambang rendah itu sebagai syarikat persendirian pada ketika ini.

“Pengasas dan Tune Air Sdn Bhd telah menunjukkan bahawa mereka tidak mempertimbangkan syarikat persendirian pada peringkat ini,” menurut AirAsia dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Demikian menurut syarikat penerbangan itu bagi mengulas laporan berita baru-baru ini mengenai spekulasi AirAsia akan menjadi syarikat persendirian.

Syarikat juga telah bertanyakan kepada semua pengarah syarikat dan ‘mereka tidak mengetahui sebab bagi artikel berkenaan’, menurut AirAsia.

Setakat 4.30 petang, harga saham AirAsia meningkat lima sen kepada RM1.82, dengan 43.66 juta unit bertukar tangan.

ARTIKEL YANG SAMA