AirAsia wujud program nota jangka AS$1 bilion

AirAsia wujud program nota jangka AS$1 bilion

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) – Anak syarikat AirAsia Bhd, AirAsia Global Notes Ltd mewujudkan program nota jangka sederhana pelbagai mata wang bernilai US$1 bilion.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, AirAsia berkata Barclays Bank PLC cawangan Singapura adalah pengatur tunggal dan bersama-sama CIMB Bank (L) Ltd serta RHB Investment Bank Bhd sebagai pengedar bersama program.

“Di bawah program, syarikat mungkin dari semasa ke semasa menerbitkan nota dalam bentuk siri atau tranche dalam mata wang dolar AS atau mata wang lain yang dipersetujui antara syarikat, AirAsia dan pengedar berkaitan,” katanya.

Syarikat berkata perolehan bersih yang diraih akan diguna oleh AirAsia untuk tujuan korporat am termasuk, tanpa had, sebagai modal kerja untuk pembiayaan semula hutang AirAsia, membiayai bahagian ekuiti pembiayaan pesawat AirAsia atau peluang-peluang pelaburan syarikat penerbangan lain.

ARTIKEL YANG SAMA