AirAsia X buka laluan ke Tehran

AirAsia X buka laluan ke Tehran

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) – AirAsia X Bhd dan Thai AirAsia X hari ini mengumumkan Tehran sebagai destinasi terkini dalam rangkaian laluan kumpulan yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Bangkok secara terus ke ibu negara Iran itu.

Penerbangan terus ke Tehran dari Kuala Lumpur (klia2) dan Bangkok (Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang) akan beroperasi tiga kali seminggu dengan tarikh permulaan, masing-masing pada pada 21 Jun, 2016 dan 22 Jun, 2016.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata Iran merupakan ekonomi besar serta berkembang dan Tehran bandar perniagaan yang hebat dan penarikan balik sekatan baru-baru ini membuka prospek baru yang menarik untuk Iran sebagai destinasi pelancong.

AirAsia X kini membuka laluan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tehran dan Bangkok ke Tehran. – AFP
AirAsia X kini membuka laluan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tehran dan Bangkok ke Tehran. – AFP

“Kami percaya penerbangan terus ke Tehran dari Kuala Lumpur yang diadakan semula ini tepat pada masanya dan kami menjangka penerbangan terus kami dari kedua-dua bandar Asean iaitu Kuala Lumpur dan Bangkok boleh meningkatkan hubungan dua hala di samping menggalakkan aktiviti perdagangan dan pelancongan antara bandar-bandar berkenaan,” kata beliau dalam satu kenyataan Sabtu.

Sempena pelancaran laluan terbaharu ini, AirAsia X menawarkan tambang prosmosi termasuk semua dari serendah RM299 sehala bagi kelas ekonomi dan dari serendah RM999 sehala bagi Premium Flatbeds untuk penerbangan dari Kuala Lumpur.

Tambang promosi ini boleh didapati bagi tempahan dalam talian di airasia.com mulai sekarang hingga 29 Mei, 2016 bagi tempoh perjalanan mulai 21 Jun, 2016 berlepas dari Kuala Lumpur.

ARTIKEL YANG SAMA