AirAsia X Jual Kit DPE Airbus

AirAsia X Jual Kit DPE Airbus

KUALA LUMPUR, 30 Dis – AirAsia X Bhd (AAX) telah menandatangani satu perjanjian dengan Asian Aviation Centre of Excellence Sdn Bhd (AACE) untuk menjual pemeriksa juruterbang tetapan Airbus (DPE) dengan harga AS$2.38 juta.

Syarikat penerbangan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, berkata AACE merupakan sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah undang-undang Malaysia dan menjalankan perniagaan akademi penerbangan yang menyediakan latihan juruterbang, penyelenggaraan serta latihan untuk anak kapal.

“Kit DPE ini terdiri daripada pakej data, perisian simulasi dan kit bahagian-bahagian pesawat yang tulen yang akan dipasang dalam peranti latihan simulasi pesawat,” kata AAX.

Ia menambah bahawa penjualan kit DPE itu termasuk hak kepada dan kepentingan dalam bahagian-bahagian pesawat.

Kit DPE ini adalah bebas royalti dan akan disertakan dengan lesen bukan eksklusif untuk penggunaan bebas daripada segala bebanan, bagi pembuatan, pemasangan, kelayakan, pembangunan, operasi, penyelenggaraan, menaik taraf dan kemas kini yang hendaklah disertakan dalam penyediaan perkhidmatan latihan kepada pelanggan AACE. “AAX dan AACE bersetuju harga penuh pembelian akan ditolak daripada bayaran invois yang dihutang oleh AAX kepada AACE. – Bernama

 

ARTIKEL YANG SAMA