AirAsia X optimistik pulih separuh kedua

AirAsia X optimistik pulih separuh kedua

SEPANG, 4 Jun (Bernama) – Syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh sekutu AirAsia Group, AirAsia X Bhd, optimistik pulih semula dalam separuh kedua tahun kewangan semasa berdasarkan kepada trend sekarang, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Datuk Kamarudin Meranun.

Dalam suku pertama tahun ini, beliau berkata kumpulan berjaya mencatatkan keuntungan operasi kira-kira RM6 juta berbanding kerugian operasi RM33 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Bercakap pada sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan syarikat di sini, hari ini, beliau berkata kumpulan itu juga berjaya mengurangkan perbelanjaan operasinya sebanyak satu peratus kepada RM776 juta daripada RM786 juta sebelumnya menerusi langkah-langkah pengurangan kos dan menangani kelemahan model perniagaan sebelum ini.

Pada masa hadapan, katanya, masih banyak inisiatif perlu diambil dalam kumpulan bukan hanya dari segi kos tetapi juga dari segi hasil.

Mengenai langkah integrasi dengan AirAsia Bhd untuk menjimatkan kos, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Benyamin Ismail berkata proses itu telah dijalankan sejak awal tahun di mana integrasi pertama di jabatan pekerja dengan kebanyakan penjimatan kos dijangka disumbangkan daripada bahagian ini.

CEO Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun.
CEO Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun.

Beliau berkata tidak akan ada pembuangan pekerja dan juga pengambilan pekerja baharu.

Integrasi seterusnya, dalam separuh kedua tahun ini adalah di jabatan kejuruteraan di mana penjimatan kos selanjutnya sebanyak lapan peratus dijangkakan bagi syarikat penerbangan itu, katanya.

Benyamin juga berkata untuk kembali meraih keuntungan akan banyak bergantung kepada bagaimana Malaysia Airline Bhd, syarikat penerbangan nasional, bertindak balas kepada penyusunan semulanya.

Terdahulu pada mesyuarat tersebut, Kamarudin berkata pemegang saham meluluskan semua resolusi tanpa bantahan manakala lapan ahli lembaga pengarah bersetuju melepaskan yuran pengarah mereka berjumlah lebih RM400,000,

ARTIKEL YANG SAMA