AirAsia X sasar separuh kedua menguntungkan

AirAsia X sasar separuh kedua menguntungkan

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – AirAsia X Bhd yakin muatan penumpangnya akan meningkat kepada 80 peratus pada separuh kedua 2015 memandangkan sebahagian besar usaha untuk pertumbuhan bermula pada tempoh berkenaan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Benyamin Ismail.

Pada suku kedua, trafik penumpang bagi syarikat penerbangan bersekutu jarak jauh itu susut sebanyak 20 peratus kepada 810,944 penumpang berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

“Apabila saya menyertai syarikat ini, banyak perkara yang tidak dilaksanakan dalam AirAsia X. Kami tidak membuat perbelanjaan bagi pemasaran, ditambah dengan insiden QZ dan perubahan dalam pasukan kami.

“Jadi, sekarang saya yakin separuh kedua tahun ini akan menguntungkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman duta baharu global syarikat itu di sini hari ini. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA