AirAsia X tawar tambang istimewa

KUALA LUMPUR, 12 Feb – AirAsia X menawarkan tambang dua orang ke Bali, Jaipur, Jeju, Taipei, Seoul, Osaka, Hokkaido dan Hawaii yang boleh ditempah mulai hari ini hingga 18 Februari 2018.

Dalam kenyataannya hari ini, syarikat itu berkata tempahan boleh dibuat menerusi airasia.com bagi perjalanan serta-merta hingga 31 Julai, 2018.

Ketua Komersial AirAsia X, Barry Klipp berkata tambang untuk dua orang itu serta potongan tambahan 50 peratus ‘Pilih Tempat Duduk’ itu merupakan promosi terbaik setakat ini, dan sesuai sebagai gerbang romantik atau untuk berbulan madu kali kedua.

“Kami pilih beberapa laluan paling popular untuk promosi sempena tempoh perjalanan kemuncak Tahun Baru Cina untuk mengucapkan terima kasih kepada semua penumpang atas sokongan mereka,” katanya.

Dalam tempoh ini, tambang promosi dua orang bagi tempahan yang sama ke Bali , Jaipur, Jeju, Taipei, Seoul, Osaka, Hokkaido dan Hawaii. – Bernama