AirAsia X tawar tambang promosi KL-Auckland

AirAsia X tawar tambang promosi KL-Auckland

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) – AirAsia X Bhd (AAX) menawarkan promosi tambang sehala serendah RM699 bagi penerbangan harian terbaharunya, Kuala Lumpur-Auckland.

Tempahan boleh dibuat secara dalam talian di laman web AirAsia mulai hari ini sehingga 3 April ini bagi tarikh perjalanan antara 25 Mac sehingga 22 Mei 2017, kata syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh itu dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AAX, Benyamin Ismail berkata syarikat itu berharap dapat menghubungkan lebih ramai penduduk di sekitar Asia dan Australia ke Auckland, New Zealand, menerusi rangkaian penerbangan meluas dalam AirAsia Group.

“Malah, penerbangan sulung ke Auckland hari ini dengan transit di Gold Coast, Australia, mencatat faktor muatan sebanyak 95 peratus.

AirAsia X menandakan kehadirannya di New Zealand bersama penerbangan perasmiannya dari Kuala Lumpur ke Auckland.
AirAsia X menandakan kehadirannya di New Zealand bersama penerbangan perasmiannya dari Kuala Lumpur ke Auckland.

“Kami yakin ia akan terus meningkat pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Lapangan Terbang Auckland, Adrian Littlewood menyifatkan perkhidmatan terbaharu itu sebagai tambahan yang baik bagi rangkaian penerbangan antarabangsa lapangan terbang berkenaan.

“Ia dapat menampung peningkatan permintaan pelancong dari Malaysia serta Asia Tenggara selain memberi pilihan laluan penerbangan kepada rakyat New Zealand,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA