AirAsia X tingkatkan frekuensi penerbangan ke lapan destinasi

AirAsia X tingkatkan frekuensi penerbangan ke lapan destinasi

KUALA LUMPUR, 27 April – AirAsia X hari ini mengumumkan tambahan kekerapan penerbangan ke Melbourne, Sydney, Perth, Osaka, Sapporo, Beijing, Shanghai dan Taipei.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam satu kenyataan, berkata ia juga menawarkan promosi khas untuk semua penerbangan AirAsia X dalam satu perjalanan sehala, semua dalam tambang bagi kelas ekonomi bermula daripada RM259 (untuk Perth), RM329 (Hangzhou) dan RM429 (Busan) serta banyak lagi.

“Tempahan boleh dibuat di www.airasia.com mulai sekarang sehingga 8 Mei 2016 dan pelanggan boleh terus melancong serta merta sehingga 24 Nov 2016,” katanya.

Pada bulan-bulan akan datang, AirAsia X juga secara beransur-ansur akan meningkatkan kekerapan penerbangan mingguannya ke Melbourne kepada 14 kali, Sydney sebanyak (11 kali), Perth (14 kali), Osaka (9 kali), Sapporo (5 kali), Beijing (11 kali), Shanghai (11 kali) dan Taipei (14 kali).

Pada pukul 4.20 petang, saham AirAsia X naik satu sen kepada 35 sen dengan 69.73 juta saham diniagakan. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA