AirBaltic kendali CS300 Bombardier komersial

AirBaltic kendali CS300 Bombardier komersial

MONTREAL, 9 Nov (AFP) – AirBaltic di Latvia akan menjadi syarikat penerbangan pertama yang mengendali kapal terbang CS300 Bombardier secara komersial, dalam masa kira-kira setahun, kata pengeluar Kanada itu semalam.

Pesawat udara itu, kini dalam proses pengesahan, boleh menampung 120 hingga 150 tempat duduk. Bombardier berkata ia akan menyerah kapal terbang CS300 kepada syarikat penerbangan Latvia, yang mempunyai 13 pesawat udara yang ditempah oleh firma dan mengekal opsyen untuk tujuh buah lagi, pada separuh tahun kedua 2016.

Ditubuhkan pada 1995, airBaltic mengendali 60 destinasi di luar Riga, dengan armada 25 pesawat udara.

“Kapal terbang CS300 Bombardier adalah penting kepada pelaksanaan strategi pembangunan perniagaan airBaltic dan pelan pengoptimuman armada,” kata ketua pegawai eksekutif airBaltic Martin Gauss dalam satu kenyataan.

AirBaltic merupakan pengendali pertama kapal terbang CS300 Bombardier secara komersial. Bombardier Kanada juga mengumumkan bahawa kerajaan Quebec akan melabur dalam program jet rangka kecil, menurut beberapa sumber. – Reuters
AirBaltic merupakan pengendali pertama kapal terbang CS300 Bombardier secara komersial. Bombardier Kanada juga mengumumkan bahawa kerajaan Quebec akan melabur dalam program jet rangka kecil, menurut beberapa sumber. – Reuters

“Pesawat udara CS300 akan menawarkan penumpang airBaltic pengalaman penumpang dalam penerbangan pesawat udara besar, melengkapi armada moden kami yang terdiri daripada 12 Bombardier Q400 turboprop.”

Bombardier mempunyai tempahan untuk 243 daripada pesawat udara 603 C Series, yang menghadapi penangguhan selepas penerbangan sulung pada 2013 dan kos berlebihan, dengan kira-kira $2 bilion Kanada lebih banyak daripada $3.4 bilion Kanada yang dirancang pada awalnya.

Pada Khamis, wilayah Quebec mengumumkan pelaburan berjumlah AS$1 bilion dalam Bombardier untuk membantu program pesawat udara itu bergerak selepas syarikat Kanada itu mencatat kerugian suku ketiga berjumlah AS$4.9 bilion.