Airbus A330neo jadi kenyataan

Airbus A330neo jadi kenyataan

KUALA LUMPUR, 8 Sept – Pesawat A330neo pertama Airbus akan menjadi kenyataan setahun selepas program itu dilancarkan, dengan proses ‘memotong logam’ pertama dijalankan di kemudahan pengeluarannya di Toulouse dan Nantes.

Proses menyediakan enjin pilon pertama dimulakan pada musim panas di kemudahan Airbus di Saint-Eloi (Toulouse), manakala kilang Airbus di Nantes mula menghasilkan kotak sayap pusat pertama A330neo, kata Airbus.

Kotak sayap tulang rusuk 1 A330neo dihasilkan di Nantes menggunakan reka bentuk Iso-grid inovatif dengan 330 poket segi tiga yang membolehkan komponen itu memenuhi syarat ketegaran, kekuatan dan keperluan berat badan yang rendah.

Pilon serba baharu yang dihasilkan di Saint-Eloi merupakan elemen utama rekabentuk inovatif A330neo, memuatkan enjin cekap bahan api Trent 7000 untuk sayap, katanya menerusi kenyataan hari ini.

Diperbuat daripada titanium ringan, pilon A330neo menggunakan aerodinamik canggih, bahan dan teknologi reka bentuk yang dihasilkan daripada XWB A350.

Pilon A330neo akan dilengkapi A350 XWB baharu, diperbuat daripada bahan komposit dan titanium untuk memastikan pengoptimuman aerodinamik.

A330-800neo dan A330-900neo merupakan dua anggota baharu keluarga Airbus berbadan lebar dengan penghantaran pertama dijadualkan bermula pada suku keempat 2017.

A330neo menggabungkan enjin terkini Trent 7000 Rolls-Royce, penambahbaikan aerodinamik serta dilengkapi ciri-ciri kabin baharu.

Memanfaatkan ekonomi yang tiada tandingan, serba boleh dan kebolehpercayaan yang tinggi ke atas A330, A330neo mengurangkan penggunaan bahan api sebanyak 14 peratus untuk setiap tempat duduk, menjadikannya pesawat berbadan lebar paling menjimatkan dari segi kos bagi dalam pasaran.

Selain penjimatan bahan api yang lebih tinggi, operator A330neo juga akan memperoleh manfaat daripada peningkatan jarak sehingga 400 batu nautika, selain pelbagai kelebihan lain yang ditawarkan oleh barisan keluarga Airbus, katanya. – Bernama