Airbus bina pelancar roket guna semula

Airbus bina pelancar roket guna semula

PARIS, 8 Jun (AFP) – Pesawat udara Eropah dan syarikat gergasi aeroangkasa Airbus telah mengumumkan pelan untuk pembinaan pelancar roket angkasa lepas yang boleh digunakan semula dan harus siap pada 2025, yang dikatakan oleh firma akan berbeza daripada konsep firma pesaing AS Space X.

Airbus mesti mengatasi cabaran teknikal dan kewangan, sementara syarikat Space X yang dimiliki oleh jutawan Afrika Selatan, Elon Musk, pengasas bersama PayPal, telah pun menguji modelnya.

Sejak 2010, sekumpulan jurutera telah pun bekerja secara rahsia di gudang Airbus di Les Mureaux, di luar Paris, mencari cara-cara untuk menggunakan semula pelancar roket angkasa lepas.

Mereka mempunyai tugas yang sukar di depan disebabkan mereka mesti memastikan penggunaan semula berakhir dengan kos lebih murah daripada model penggunaan klasik.

Sekarang, tatkala mereka memberikan wartawan kemudahan kepada laman mereka, nampaknya projek mereka mungkin beroperasi.

Projek tersebut dimulakan sejak 2010 lagi membabitkan sekumpulan jurutera yang bekerja secara rahsia di gudang Airbus di Les Mureaux, di luar Paris. – AFP
Projek tersebut dimulakan sejak 2010 lagi membabitkan sekumpulan jurutera yang bekerja secara rahsia di gudang Airbus di Les Mureaux, di luar Paris. – AFP

Airbus telah membaptiskan dua fasa konsep pelancar Adeline dan Space Tugs.

“Peringkat utama melancar dan mengendali roket dalam fasa pertama perjalanannya. Peringkat akhir akan dilancarkan pada bahagian kedua,” kata Francois Auque, pengarah program Pertahanan dan Angkasa Lepas Airbus.

Adeline, singkatan untuk Pelancar Moden dengan Enjin Inovatif, adalah asli disebabkan ia menggabungkan teknologi angkasa lepas dengan aeronautic, kata Herve Gilibert, pengarah teknikal di Pertahanan dan Angkasa Lepas Airbus.

“Demi menggunakan semula peringkat utama, kami membawa balik bahagian paling mahal dan cuba menjadikan mereka lebih murah untuk digunakan semula daripada menghasilkan yang baru,” kata Auque.

Idea tersebut adalah mendapatkan semula pendorongan dan enjin, yang menyumbang kepada 80 peratus daripada jumlah nilai pelancar, dengan meletak mereka di belakang pelindung haba yang akan melindungi mereka ketika mereka pulang ke Bumi.

ARTIKEL YANG SAMA