Airbus, Boeing dibenarkan jual pesawatnya kepada Iran

Airbus, Boeing dibenarkan jual pesawatnya kepada Iran

DUBAI, Amiriah Arab Bersatu, 22 Sept – Syarikat penerbangan Airbus dan Boeing Co telah menerima kebenaran daripada kerajaan AS untuk menjual pesawat udara kepada Iran, sebahagian daripada perjanjian penting bernilai kira-kira AS$50 bilion pada keseluruhannya ekoran perjanjian nuklear pada tahun lalu.

Pengumuman semalam keluar tatkala pemimpin Iran dan AS berada di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan menunjukkan pentadbiran Presiden Barack Obama sedang menghormati syarat-syarat ekonomi perjanjian nuklear.

Bagaimanapun, pentadbiran akan datang mungkin mengubah persamaan tersebut untuk Airbus dan Boeing, di mana perjanjian yang mungkin dengan Iran akan menjadi yang terbesar untuk sebuah syarikat Amerika sejak Revolusi Islam 1979 dan pengambilalihan Kedutaan AS.

Gambar fail 2 Mac 2008 menunjukkan dua buah pesawat penumpang syarikat penerbangan negara Iran, Iran Air, berada di Lapangan Terbang Mehrabad di Tehran, Iran. – AP
Gambar fail 2 Mac 2008 menunjukkan dua buah pesawat penumpang syarikat penerbangan negara Iran, Iran Air, berada di Lapangan Terbang Mehrabad di Tehran, Iran. – AP

Airbus memohon dua lesen untuk merangkumi perjanjiannya dengan Iran untuk memastikan penghantaran segera beberapa pesawat udara, beritahu jurucakap Airbus Justin Dubon kepada The Associated Press. Lesen yang diumumkan semalam meliputi 17 buah kapal terbang pertama yang terbabit dalam perjanjian, yang merupakan A320 dan A330, kata beliau.

Pada januari, syarikat penerbangan negara Iran Air menandatangani perjanjian untuk membeli 118 kapal terbang daripada Airbus, dianggarkan bernilai kira-kira 22.8 bilion euro. – AP