Airbus peneraju perintis angkasa

Airbus peneraju perintis angkasa

MINDEN, US, 9 Mei (AFP) – Peluncur angkasa lepas Perlan 2 membantu Airbus mengambil pembawa-pembawa pembaharuan Silicon Valley yang paling pintar, meskipun ketika memburu teknologi yang akhirnya mungkin membawa kepada penerbangan penumpang ke angkasa lepas.

Matlamat projek ialah untuk mencipta rekod altitud bagi pesawat tanpa kuasa 27,400 meter dalam suhu cuaca dingin pada pinggir angkasa lepas, serupa dengan keadaan di Marikh.

Firma ruang aeroangkasa Eropah telah melaburkan hampir $4 juta dalam kumpulan Amerika, Mission Perlan 2, yang memajukan projek itu dan telah menguji pesawat itu Sabtu lalu di ruang udara di Nevada.

Jumlah itu membuatkan Airbus, rakan utama dalam Perlan 2, menurut sumber yang mengetahui tentang perjanjian itu. ia merupakan 57 peratus dari belanjawan $7 juta yang dikumpul untuk membina peluncur itu.

Jika jumlah itu tidak seberapa berbanding dengan berbilion-bilion yang lazimnya dibelanjakan untuk teknologi penerbangan baru, masih tidak dijangkakan datangnya dari sebuah perbadanan yang kerjanya sentiasa menumpu pada kapal terbang penumpang dan helikopter.

“Kami membuat kapal terbang sesederhana yang boleh kami buat, dengan itu kami tidak membuat yang moden bagi Airbus,” Ed Warnock, ketua eksekutif Perlan 2, memberitahu AFP.

Mengapa minat oleh konglomerat besar?

“Itu adalah projek inovatif, yang ini sangat sesuai dengan imej kami, reputasi kami sebagai sebuah syarikat inovatif,” menurut Tom Enders, pengurus Airbus, yang menjadi juruterbang bersama ketika penerbangan Perland 2 Sabtu lalu, yang dipendekkan oleh cuaca berawan.

“Ia boleh menyumbang kepada penyelidikan, dan lebih penting lagi ia boleh mengekalkan keghairahan bagi penerbangan dan inspirasi bagi generasi lebih mudah.”

Pakar-pakar berkata Airbus, yang diasaskan pada tahun 1969, ketika zaman keemasan penaklukan angkasa lepas, memikirkan sambil menyelam minum air dengan menghubungkannya dengan menggunakan stratosfera Perlan 2.

Jika Perlan 2 berjaya memecahkan rekod altitud yang dicipta pada tahun 1976 oleh kapal terbang peninjau SR-71 Angkatan Tentera Udara AS ketika ia berharap melakukannya lewat tahun ini di Argentina nama Airbus akan tercatat dalam buku sejarah bersama-sama pelopor penerbangan hebat yang lain.

ARTIKEL YANG SAMA