Airbus SIA menjunam 13,000 kaki

Airbus SIA menjunam 13,000 kaki

SINGAPURA, 27 Mei (AFP) – Sebuah pesawat Airbus Singapore Airlines (SIA) membawa 182 penumpang dan 12 krew, kehilangan kuasa di kedua-dua enjin dalam perjalanan ke Shanghai — dilaporkan menjunam sehingga 13,000 kaki — syarikat penerbangan itu mengatakan hari ini ketika ia mengumumkan siasatan ke atas insiden itu.

Penerbangan Airbus A330-300 pada 23 Mei ‘menghadapi cuaca buruk’ pada ketinggian 39,000 kaki kira-kira tiga jam setengah selepas berlepas dari Singapura, menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.

“Kedua-dua enjin mengalami kehilangan kuasa sementara dan juruterbang mengikuti prosedur operasi untuk mengembalikan operasi biasa ke atas enjin-enjin itu,” katanya.

“Penerbangan meneruskan perjalanan ke Shanghai dan akhirnya mendarat pada jam 10:56 malam,” menurut kenyataan itu.

Ia menambah bahawa dua enjin pesawat Rolls-Royce A330-300 itu ‘diperiksa secara menyeluruh dan diuji sebaik sahaja tiba di Shanghai dan tidak mengesan sebarang masalah.’

“Kami sedang mengkaji insiden itu bersama dengan Rolls-Royce dan Airbus,” kata SIA.

Dalam satu Twitter disiarkan lewat semalam, portal industri Flightradar24 mengatakan pesawat dengan kod nama SQ836 itu ‘hilang kuasa di kedua-dua enjinnya di paras 13,000 kaki sebelum kuasa kembali pulih.’

Dalam pos seterusnya, ia mengatakan pesawat itu ‘hilang kedua-dua kuasa enjin semasa dalam perjalanan ketika ia terbang melalui ‘taufan kuat’ menekankan sebuah kawasan di Laut China Selatan di pesisir selatan China di mana insiden itu berlaku.

SIA, syarikat penerbangan ketiga terbesar Asia melalui nilai pasaran, pada masa ini mempunyai 29 pesawat Airbus A330-300 dalam jumlah armadanya.