Airbus tingkat pengeluaran A320

Airbus tingkat pengeluaran A320

pg19_151031_b

PARIS, 30 Okt (AFP) – Pengeluar pesawat Airbus Eropah hari ini mengumumkan ia akan meningkatkan pengeluaran jet A320 berikutan dengan kadar keuntungan mendadak secara keseluruhan yang dicapai syarikat tersebut. Airbus juga mendedahkan ia akan membeli balik sahamnya bernilai 1.0 bilion euro (AS$1.2 bilion).

Memetik dari kestabilan pasaran pesawat komersial itu, Airbus berkata ia telah meningkatkan pengeluaran airbus keluarga A320 yang popular sebanyak 60 sebulan pada pertengahan 2019, meningkat daripada hanya lebih 42 sebulan sekarang.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas China Aviation Supplies Holding Group menandatangani perjanjian untuk membeli 100 pesawat A320 bernilai AS$9.7 bilion pada harga senarai.

Airbus berkata keuntungan bersih meningkat 42 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada 376 juta euro dalam tempoh tiga bulan hingga 30 September kerana ia meraih manfaat jualan dan dolar yang kukuh.

Jualan meningkat enam peratus kepada 14.1 bilion euro dalam tempoh tersebut. “Kami sekali lagi dapat menjana peningkatan pendapatan, keuntungan atas prestasi operasi yang baik,” kata Ketua Eksekutif Tom Enders dalam satu kenyataan.