Aiskrim wajah penjenayah perang Jepun

Aiskrim wajah penjenayah perang Jepun

SHANGHAI, 2 Sept (AFP) – Sebuah cawangan kedai aiskrim di pusat komersial China, Shanghai, menawarkan persamaan kepala penjenayah perang Jepun yang telah dihukum mati, Hideki Tojo untuk memperingati tahun ke-70 berakhirnya Perang Dunia II.

Kedai Iceason menjual potongan aiskrim berkayu dengan imej Tojo, bekas jeneral tentera Jepun dan perdana menteri, dalam kempen dengan slogan “10,000 orang bersama-sama makan penjenayah perang Jepun.”

Poster iklan dipaparkan di sebuah kedai di tengah Shanghai menunjukkan coklat Tojo, lengkap dengan berkaca mata dan berkumis, dengan perkataan “Jangan pernah lupakan keaiban negara.”

Sebuah lagi kedai di daerah kewangan Shanghai hari ini menawarkan lima perisa Tojo: vanila, beri biru, mocha, mangga dan tiramisu. Tetapi tidak ramai pembeli aiskrim, yang berharga 30 yuan, meskipun ketika waktu makan tengah hari.

Para pelanggan yang membeli aiskrim berharga 50 yuan boleh mendapat potongan Tojo percuma jika mereka menggunakan perkhidmatan pembayaran online gergasi internet China, Ali baba, menurut kakitangan kedai.

Beijing akan memperingati tahun ke-70 kemenangan ke atas Jepun dan berakhirnya Perang Dunia II dengan perarakan besar ketenteraan melalui Dataran Tiananmen esok, di tengah hubungan tegang Tokyo berhubung tuntutan wilayah dan sejarah waktu perang.

ARTIKEL YANG SAMA