AITI adakan kempen derma darah

AITI adakan kempen derma darah

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jun – Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Brunei Darussalam (AITI) telah mengadakan kempen derma darah sempena Hari Derma Darah Sedunia yang disambut setiap 14 Jun, dan Hari Tele-komunikasi dan Masyarakat Bermaklumat Sedunia (WTISD), hari ini.

Kempen yang diadakan di Dewan Seri Kerna, AITI, Kampung Anggerik Desa itu telah dihadiri oleh perwakilan daripada syarikat-syarikat Perniagaan Diiktiraf AITI (AAB), orang awam dan kakitangan AITI.

Inisiatif kempen yang membawa tema ‘A Gift of Life’ itu, dianjurkan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) AITI untuk menyokong tabung darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) bagi membantu masyarakat dan mereka yang memerlukan pemindahan darah.

Sekitar 17 pain darah telah berjaya dikutip semasa kempen itu.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai tabung darah Hospital RIPAS, bolehlah menghubungi 2242424 sambungan 7338 atau 7124, atau menghantar e-mel ke bdcripas@gmail.com.

Sebilangan orang ramai dan kakitangan AITI yang mendermakan darah.
Sebilangan orang ramai dan kakitangan AITI yang mendermakan darah.

pg06_150604_c

ARTIKEL YANG SAMA