AITI hulur sumbangan

AITI hulur sumbangan

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Ogos – Sebagai sebahagian daripada kempen tanggungjawab sosial korporatnya, Pihak Berkuasa bagi Industri Teknologi Info Komunikasi Brunei Darussalam (AITI) telah menyumbangkan lebih $1,000 dan beberapa keperluan harian kepada sebuah keluarga yang menjadi mangsa kebakaran flet di Kampung Anggerek Desa.

Sumbangan telah disampaikan oleh Pembantu Ketua Eksekutif Perkhidmatan Korporat, Pengiran Haji Baharudin bin Pengiran Haji Jaludin kepada ketua keluarga berkenaan, Awang Nasrul Bahri bin Haji Hasbie Azrol pada majlis yang berlangsung baru-baru ini.

Menurut kenyataan AITI, sumbangan berkenaan merupakan hasil kutipan daripada kakitangan AITI, yang diharapkan dapat sedikit sebanyak membantu mangsa.

Pengiran Haji Baharudin menyampaikan sumbangan kepada Awang Nasrul.
Pengiran Haji Baharudin menyampaikan sumbangan kepada Awang Nasrul.

ARTIKEL YANG SAMA