AJ Pharma amb...

AJ Pharma ambil alih perniagaan Denmark

KUALA LUMPUR, 13 Feb – AJ Pharma Group telah menyelesaian proses pengambilalihan perniagaan vaksin global pertamanya di Denmark, mewujudkan perniagaan pengeluaran vaksin bebas dari Statens Serum Institut (SSI) milik Kerajaan Denmark.

Dalam satu kenyataan hari ini, AJ Pharma berkata selepas pengambilalihan itu, SSI dinamakan semula sebagai AJ Vaccines.

“Penyelesaian pengambilalihan ini merupakan kejayaan penting dalam strategi global AJ Pharma Group bagi mewujudkan kehadiran yang lebih kukuh dalam pasaran vaksin di seluruh dunia.

“Paling penting, AJ Vaccines melengkapkan projek semasa kumpulan untuk mewujudkan satu kemudahan untuk membangunkan formula vaksin, ‘fill andfinish’ di Malaysia melalui AJ Biologics Sdn Bhd,” katanya

Pengerusi AJ Vaccines Dr Tabassum Khan berkata pengambilalihan itu kini

membawa kumpulan itu selangkah lebih dekat untuk mencapai visinya menjadi penggiat utama vaksin di dunia.

“Bersama projek semasa yang dilaksanakan dalam mewujudkan kemudahan bagi menyediakan formula vaksin, ‘fill and finish’ di Malaysia, kami kini dalam kedudukan utama untuk merealisasikan objektif ekonomi, sosial dan kemanusiaan untuk Malaysia dan melepasinya,” katanya. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA