Ajak penduduk kampung amal hidup sihat

Ajak penduduk kampung amal hidup sihat

Oleh Hajah Saemah Kepli

KUALA BELAIT, 16 Feb – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Pandan B telah menganjurkan Walkaton Sihat Pandan B baru-baru ini antara lain bertujuan untuk mengajak kalangan penduduk kampung mengamalkan cara hidup sihat serta mengeratkan silaturahim sesama masyarakat di kampung berkenaan.

Turut menyertai Walkaton tersebut ialah Penasihat MPK Pandan B, Haji Musa bin Haji Adinin dan Ketua Kampung Pandan B, Haji Abdul Malek bin Abu Bakar.

Walkaton sejauh kira-kira 2.5 kilometer, juga disertai sama ahli-ahli MPK Pandan B, ahli-ahli jawatankuasa Pengawasan Kejiranan Kampung serta anggota polis Balai Polis Kuala Belait.

Haji Abd Malek memberitahu, walkaton yang diadakan bermula jam 6 pagi itu bukan saja untuk mengamalkan cara hidup sihat namun turut diteruskan dengan membuat rondaan dan meninjau keadaan kampung.

MPK Pandan B anjur walkaton untuk mengajak penduduk mengamalkan cara hidup yang sihat serta mengeratkan lagi ikatan silaturahim.
MPK Pandan B anjur walkaton untuk mengajak penduduk mengamalkan cara hidup yang sihat serta mengeratkan lagi ikatan silaturahim.

Sebelum aktiviti sihat itu diadakan, acara didahului dengan senamrobik kemudian walkaton dimulakan dari kawasan Dewan Kemasyarakatan Kampung Pandan dan diakhiri dengan kembali ke kawasan yang sama, kemudian diteruskan lagi dengan rundingan bersama para peserta walkaton mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan aktiviti kampung.

ARTIKEL YANG SAMA