Ajak rakyat hayati Pesta Kaamatan – Musa

Ajak rakyat hayati Pesta Kaamatan – Musa

TENOM, 1 Mei (Bernama) – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menyeru kepada semua rakyat di negeri ini agar menghayati mesej penting di sebalik tema Pesta Kaamatan tahun ini iaitu ‘Keamanan dan Persahabatan’.

Beliau berkata ia antara lain mengingatkan seluruh rakyat betapa pentingnya ikatan persahabatan dalam meningkatkan serta memperkukuhkan lagi keharmonian rakyat pelbagai suku, kaum, agama dan budaya di Sabah.

“Kehadiran pelbagai lapisan rakyat berbilang kaum, bangsa dan agama pada pelancaran Pesta Kaamatan peringkat negeri juga membuktikan semangat persaudaraan, kekitaan dan perpaduan di Sabah terus kukuh.

“Ini menunjukkan semangat perpaduan sentiasa menjadi budaya dan amalan hidup rakyat di negeri ini,” katanya ketika melancarkan sambutan pesta itu yang dihadiri lebih 5,000 pengunjung di sini Ahad.

Justeru, Musa berkata kerajaan negeri akan sentiasa memberi sokongan padu kepada sambutan dan program kebudayaan bagi memantapkan lagi perpaduan yang menjadi tunjang kepada kemajuan negeri. “Kepelbagaian budaya dan keharmonian warisan lebih 32 kumpulan etnik di Sabah menjadikan negeri di bawah bayu ini unik dan tidak mungkin wujud di tempat lain.

ARTIKEL YANG SAMA