Ajar bahasa peribumi di sekolah, elak pupus

Ajar bahasa peribumi di sekolah, elak pupus

SYDNEY, 1 Dis (dpa) – Bahasa-bahasa kaum peribumi Australia akan diajar kepada kanak-kanak sekolah dalam satu inisiatif yang bertujuan menyelamatkan bahasa dan budaya suku kamu tersebut.

Langkah itu yang diumumkan di sekolah-sekolah New South Wales (NSW) hari ini akan membolehkan murid-murid belajar bahasa tempatan sehingga akhir persekolahan Tahun 12 di sekolah menengah.

Ia melanjutkan program yang sebelum ini hanya setakat Tahun 10, dan kebanyakannya membabitkan hanya pengajian selama setahu atau dua tahun.

Terdapat 35 dialek kaum peribumi di negara itu dengan 19 dari sejumlah dialek tersebut kini diajar di 61 buah sekolah.

Menteri Hal Ehwal Kaum Peribumi NSW, Leslie Williams berkata pendidikan bahasa-bahasa tersebut dapat membantu anak-anak muda kaum peribumi menjadi penjaga bahasa dan budaya mereka.

Ketua Program itu, Michael Charlton berkata ia bo,eh menjadi susah untuk mencari orang yang masih bercakap menggunakan bahasa lama tersebut.

“Orang-orang suku kamu peribumi tempatan yang masih bercakap dengan bahasa terbabit akan bekerjasama dengan para guru manakala pelajar buka kaum peribumi akan meraih pemahaman mendalam mengenai budaya tertua dunia tersebut,” Charlton memberitahu dpa.

Program yang sama beroperasi di negeri-negeri lain Australia.

Jane Simpson dari Universiti Kebangsaan Australia di Canberra mengalu-alukan pelaksanaan pendidikan bahasa kaum peribumi di sekolah-sekolah.

Beliau turut mewujudkan kamus bagi beberapa bahasa yang kini berdepan risiko kepupusan.

ARTIKEL YANG SAMA