AJK masjid anjur peraduan azan

AJK masjid anjur peraduan azan

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 20 Mac – Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir dan Muslimah Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, Kampung Kiudang, kelmarin, telah mengadakan Peraduan Azan dan Membaca Ayat Lazim secara Murratal yang berlangsung di masjid berkenaan.

Sebanyak dua peraduan dibukakan bagi peserta-peserta Murid Kelas Al-Quran dan Muqaddam Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel iaitu Peraduan Azan bagi peserta lelaki dan peraduan Membaca Ayat Lazim bagi peserta perempuan, yang mana kedua-dua peraduan tersebut dibukakan kepada dua kategori iaitu kategori berumur enam hingga sembilan tahun dan kategori berumur 10 tahun ke atas.

Majlis turut diselajurkan dengan penyampaian hadiah bagi Peraduan Tulisan Jawi Kelas Al-Quran dan Muqaddam Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel.

Pemangku Bahagian Takmir Jabatan Hal Ehwal Masjid di Kementerian Hal Ehwal Ugama menyampaikan hadiah kepada pemenang peraduan.
Pemangku Bahagian Takmir Jabatan Hal Ehwal Masjid di Kementerian Hal Ehwal Ugama menyampaikan hadiah kepada pemenang peraduan.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Pemangku Bahagian Takmir, Jabatan Hal Ehwal Masjid di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Norazalany bin Haji Mohd Yassin.

Majlis yang diadakan itu merupakan salah satu aktiviti Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel Kampung Kiudang setiap tahun bersempena cuti panggal sekolah.

Ia bertujuan untuk menggalakkan murid-murid bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti masjid, dapat mengisi lapang mereka dengan mendekati masjid serta bertanggungjawab untuk mengimarahkannya, dan membimbing murid-murid di samping dapat melahirkan generasi berwawasan yang bertanggungjawab.