AJK Takmir Masjid berdudun raya

AJK Takmir Masjid berdudun raya

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Julai – Mengambil kesempatan kedatangan Syawal 1437 Hijrah ini maka Ahli Jawatankuasa Takmir (AJK) Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar telah pun mengadakan acara ‘Berdudun Raya.’

Mereka telah mengunjungi rumah rakan-rakan ahli mereka termasuk rumah Penaung AJK Takmir Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah iaitu Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Ali bin Haji Apong.

Tujuan utama acara itu adalah bagi menyemarakkan lagi Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini serta mengukuhkan lagi ukhuwah Islamiah yang sedia terjalin sesama mereka dengan kunjung-mengunjungi antara satu dengan yang lain.

Gambar ramai AJK Takmir Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah bersama Yang Berhormat Dato Paduka Haji Ali.
Gambar ramai AJK Takmir Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah bersama Yang Berhormat Dato Paduka Haji Ali.

ARTIKEL YANG SAMA