AJKT PGGMB baru dilantik

AJKT PGGMB baru dilantik

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jun – Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB) baru-baru ini telah mengumumkan keputusan pemilihan umum ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PGGMB bagi sesi perkhidmatan tiga tahun mulai 2016-2019, baru-baru ini.

Para AJKT PGGMB baru bagi sesi 2016-2019 pada majlis yang diadakan di Sekolah PGGMB Sungai Akar.
Para AJKT PGGMB baru bagi sesi 2016-2019 pada majlis yang diadakan di Sekolah PGGMB Sungai Akar.

Keputusan rasmi itu telah diumumkan oleh Pengerusi Lembaga Pemilihan PGGMB pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PGGMB (2015-2016) kali ke-66 yang diadakan di Sekolah PGGMB Sungai Akar.

Dalam pemilihan tersebut, Haji Antin bin Ahad masih lagi kekal dalam jawatan sebagai Yang Di-Pertua PGGMB, manakala Timbalan Yang Di-Pertuanya ialah Haji Badar bin Ali setelah berjaya mendapat sebanyak 92 undi.

Sementara itu, Haji Jamal bin Haji Kahar dilantik menjadi Pengerusi Tetap setelah berjaya mendapat 119 undi; Haji Metassan bin Haji Bungso juga kekal dalam jawatan sebagai Pengerusi Tetap dan Setiausaha Kewangan yang baru, Haji Supri bin Haji Ibrahim berjaya meraih 92 undi.

ARTIKEL YANG SAMA