Akaun 3.3 juta peminat Hello Kitty terdedah pada bahaya

Akaun 3.3 juta peminat Hello Kitty terdedah pada bahaya

SINGAPURA, 22 Dis (Reuters)  – Lebih tiga juta akaun peminat Hello Kitty terdedah kepada bahaya dan kecurian daripada para penggodam, namun belum ada bukti sebarang data telah dicuri, syarikat yang mengendalikan data berpangkalan di Hong Kong itu berkata hari ini.

Seorang jurucakap bagi Sanrio Digital, sebahagiannya dimiliki oleh Sanrio Co Ltd, pemilik jenama Hello Kitty Jepun, mengatakan ia telah memperbaiki kelemahan itu selepas dimaklumkan oleh penyelidik keselamatan, Chris Vickery bahawa maklumat peribadi mengenai penggunanya telah dapat diakses.

Vickery memberitahu Reuters melalui e-mel bahawa syarikat itu telah membaiki kelemahan yang ditemuinya dalam tiga server. Namun dia mengatakan pangkalan data itu telah terdedah selama hampir sebulan, bermaksud bahawa sesiapa yang mengetahui alamat Internetnya akan boleh mengaksesnya.

“Ia sememangnya sangat mudah bagi mana-mana orang yang berniat jahat untuk mencuri data berkenaan. Sangat mudah, semudah memuat turun laman web,” katanya.

Para tetamu menghadiri majlis perasmian sebuah taman hiburan Hello Kitty di Anji, wilayah Zhejiang pada 28 November 2014. Lebih tiga juta akaun peminat Hello Kitty terdedah kepada bahaya penggodaman. – Reuters
Para tetamu menghadiri majlis perasmian sebuah taman hiburan Hello Kitty di Anji, wilayah Zhejiang pada 28 November 2014. Lebih tiga juta akaun peminat Hello Kitty terdedah kepada bahaya penggodaman. – Reuters

Sanrio Digital mengatakan dalam satu kenyataan bahawa ‘pada masa ini kami tidak mempunyai petunjuk bahawa sebarang maklumat peribadi telah dicuri’.

Jurucakap berkata 3.3 juta akaun telah terdedah, termasuk nama, umur, dan gender para peminat. Katanya lagi, semua akaun itu kepunyaan para pengguna laman web SanrioTown.com, komuniti para peminat Hello Kitty.

Tidak ada maklumat kad kredit atau pembayaran lain yang terkandung dalam data terdedah itu, dan kata kunci ‘telah dienkrip dengan selamat’, menurut kenyataan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA