Akauntan pengurusan di S’pura raih pendapatan lumayan – CIMA

Akauntan pengurusan di S’pura raih pendapatan lumayan – CIMA

SINGAPURA, 15 Ogos – Tinjauan Gaji Tahunan Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) mendedahkan purata pendapatan tahunan dalam kalangan ahli yang berkelayakan mencecah S$189,904 (S$1=RM2.99) pada 2016 dan hampir separuh daripada ahli berpuas hati dengan gaji mereka.

CIMA dalam satu kenyataan berkata, tinjauan itu mendapati para pelajar yang dalam proses mendapatkan kelayakan CIMA mereka, menerima purata gaji tahunan S$86,778, iaitu purata bulanan sebanyak S$7,231.

Tinjauan itu juga menunjukkan ahli-ahli dan pelajar yakin dengan kemajuan gaji mereka dengan 94 peratus ahli dan 96 peratus pelajar menjangkakan kenaikan dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Secara puratanya, ahli-ahli menjangka gaji mereka meningkat sebanyak 5.4

peratus, manakala pelajar lebih yakin dengan jangkaan kenaikan tujuh peratus.

CIMA berkata selain gaji asas, ahli-ahli di sini yang menerima bonus (89 peratus) menjangka menerima, secara purata, 14 peratus daripada gaji, walaupun 36 peratus menjangkakan bonus 20 peratus daripada gaji mereka. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA