Akhbar China siar tip-tip keselamatan perang nuklear

BEIJING, 6 Dis – Sebuah akhbar milik kerajaan di wilayah China bersempadan Korea Utara menyiarkan senarai tip-tip hari ini tentang bagaimana orang awam boleh melindungi diri mereka jika berlakunya serangan nuklear.

Artikel berbaur ramalan itu muncul ketika ketegangan memuncak ke atas Semenanjung Korea berhubung cita-cita nuklear Pyongyang.

Makluman ilustrasi sepenuh muka yang disiarkan dalam Jilin Daily, sebuah penyiaran rasmi bagi wilayah timur laut itu, mengarahkan pembacanya untuk menutup pintu-pintu dan tingkap serta membasuh barangan milik mereka untuk meminimumkan impak radioaktif.

“Perang moden itu bersifat tiga dimensi dan peluru berpandu antara benua boleh menyasarkan mana-mana sudut di dunia ini,” menurut akhbar itu lagi.

Sementara penyiaran tidak secara terang-terangan menyebut Korea Utara, Jilin merupakan salah sebuah wilayah China di mana orang ramai melaporkan merasakan gegaran selepas Pyongyang melancarkan ujian nuklear berkuasa pada September lalu.

Minggu lalu Pyongyang menembakkan peluru berpandu balistik antara benua yang dikatakannya boleh menyasarkan mana-mana pun di tanah besar AS.

Kementerian perlindungan alam sekitar China menjalankan pemantau kecemasan lapan hari berikutan ledakan September lalu itu yang Korea Utara dakwa berjaya meletupkan bom hidrogen.

Pihak berkuasa memutuskan paras radiasi masih di tahap normal di empat wilayah tempat ujian dilakukan, termasuk Jilin. – AFP