Akhiri lawatan rasmi ke Singapura

Akhiri lawatan rasmi ke Singapura

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mei – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, malam ini, meninggalkan Singapura setelah mengakhiri lawatan rasmi selama tiga hari.

Terdahulu sebelum meninggalkan Singapura, Yang Teramat Mulia berkenan menghadiri Majlis Santap Pagi di Tampines West Community Club yang disembahkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Negeri Kedua dan Menteri Dalam Negeri Kedua Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Masagos Zulkifli dan isteri, Puan Jumelah Jaafar.

Semasa lawatan berkenaan, Yang Teramat Mulia telah disembahkan taklimat dan berkenan berangkat untuk melawat tempat berkenaan.

Sementara itu, hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi bagi mengucapkan selamat berangkat kepada Yang Teramat Mulia ialah Timbalan Pengarah Jabatanarah Asia Tenggara di Kementerian Luar Negeri Singapura, Shivakumar Nair dan Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Haji Awang Saifulbahri bin Haji Mansor.

Keberangkatan Yang Teramat Mulia ke Singapura telah diiringi oleh Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar.

ARTIKEL YANG SAMA