Akibat bersikap pemarah

Akibat bersikap pemarah

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160511_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mei – Tindakan seorang penganggur yang memandu secara berbahaya, hanya kerana marah ekoran permintaannya untuk mendapatkan perkhidmatan kereta tunda tidak diendahkan, mengakibatkan dia dijatuhi hukuman 13 bulan penjara dan dua sebat, dan tidak dibenarkan memandu selama setahun oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid memutuskan hukuman itu terhadap Zulhilmi bin Mat Jeneh, 25, yang mengaku bersalah kerana memandu keretanya dengan cara membahayakan keselamatan atau mencederakan orang lain.

Dia juga dituduh melakukan kerosakan pada kaunter pameran yang mempamerkan sebanyak 130 palam pencucuh kereta.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di Bengkel Yeo Motor, Tutong pada 7 April 2016 sekitar jam 2:55 petang.

Kertas pertuduhan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Dayangku Didi Nuraza binti Pengiran Latiff menyebut, tertuduh pergi ke bengkel kereta tersebut untuk mendapatkan perkhidmatan kereta tunda namun diberitahu untuk menunggu seketika.

Tertuduh terus marah kerana berpendapat permintaannya itu tidak diendahkan, dan mula menjerit sambil menuju ke keretanya.

Tertuduh memandu keretanya dan melanggar kaunter pameran di mana dua orang jurujual yang berada di belakang kaunter tersebut turut mengalami kecederaan.

ARTIKEL YANG SAMA