Akibat cederakan wanita

Akibat cederakan wanita

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jan – Seorang lelaki tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini, atas dakwaan mencederakan seorang wanita.

Emran bin Jaludin berdepan tuduhan memukul kepala, menendang paha kiri dan menumbuk tangan kiri mangsa di sebuah rumah di Kampung Lumapas ‘B’ pada 2 Ogos 2015 sekitar jam 12 tengah hari. Dia didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang membawa hukuman penjara yang boleh dilanjutkan sehingga tiga tahun dan juga denda.

pg06_160106_mahkamah logo2

Timbalan Pendakwa Raya, Sharon Yeo memberitahu mahkamah dia akan memanggil lima hingga enam orang saksi untuk memberikan keterangan dan memerlukan dua atau tiga hari bagi perbicaraan tertuduh.

Timbalan Pendakwa Raya juga tidak membantah supaya tertuduh dilepaskan atas ikat jamin $1,500 atau seorang penjamin tempatan dengan syarat, tertuduh tidak boleh mendekati mangsa atau mana-mana saksi pendakwaan.

Majistret Azrimah binti Haji Abdul Rahman menetapkan 19 Januari untuk sebutan semula, dan turut mengarahkan tertuduh ditahan reman di Penjara Jerudong hingga sebutan seterusnya jika dia gagal mendapatkan ikat jamin hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA