Akibat celupar kini digantung

Akibat celupar kini digantung

AMERIKA SYARIKAT, 25 Ogos (Reuters) – Pemain tenis Australia Nick Kyrgios telah digantung selama 28 hari dan didenda sebanyak $25,000 atas ulasan kesatnya yang ditujukan kepada Stanislas Wawrinka di kejohanan Piala Roger awal bulan ini, Persatuan Tenis Profesional (ATP) menyatakan kelmarin.

ATP memberitahu pemain berusia 20 tahun itu didapati bersalah atas “kelakuan teruk” ketika perlawanan pusingan kedua di Montreal, apabila Kyrgios membuat ulasan mengenai dakwaan teman wanita Wawrinka tertangkap oleh mikrofon dalam gelanggang.

“Denda dan pergantungan itu ditahan dalam syarat bahawa menjelang tempoh enam bulan seterusnya pemain itu tidak menanggung sebarang denda atas kesalahan verbal dan fizikal pada mana-mana kejohanan yang dibenarkan ATP; atau tidak mengumpul denda berjumlah lebih daripada $5000 bagi apa-apa kesalahan lain pada kejohanan-kejohanan ATP,” badan mentadbir tenis lelaki berkata dalam satu keterangan.

Nick Kyrgios bintang tenis Australia yang didenda akibat mulut celuparnya. – Reuters
Nick Kyrgios bintang tenis Australia yang didenda akibat mulut celuparnya. – Reuters

Kyrgios sudah pernah didenda di lokasi dengan jumlah maksimum $10,000 dan $2,500 lagi atas komen-komen yang ditujukan kepada seorang penjaga bola.

“Insiden ini adalah mengerikan dan mencerminkan keburukan pada sukan kita,” Gayle David Bradshaw, Timbalan Presiden Eksekutif, Peraturan & Pertandingan berkata dalam satu keterangan.

“Nick telah meluahkan kekesalannya, dan keputusan terbaik adalah dia akan mengambil pengajaran daripada insiden ini dan dia memahami bertanggungjawab kepada Jelajah itu dan kepada pemain-pemain yang lain atas tindakan dan kata-katanya.