Akibat curi burung, tong gas

Akibat curi burung, tong gas

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jun – Seorang lelaki tempatan dijatuhi empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas kesalahan mencuri seekor burung dan tong gas.

Abdul Azim bin Matussin, 27, mengaku bersalah kerana mencuri burung murai batu di sebuah rumah di Kampung Selayun pada 20 Mac 2016, dan satu tong gas di Perpindahan Kampung Panchor Mengkubau pada 5 Mei 2016.

pg06_160629_mahkamah logo2

Burung murai batu yang dianggarkan bernilai $500 itu bagaimanapun ditemui mati seolah-olah tidak diberi makan manakala tong gas yang bernilai $95 itu dijual oleh tertuduh pada harga $20.

Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman memerintahkan hukuman ke atas tertuduh bermula hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA