Akibat harta, 3 kanak-kanak dibakar hingga mati

Akibat harta, 3 kanak-kanak dibakar hingga mati

DHAKA, 4 Jan (dpa) – Tiga kanak-kanak berusia antara lapan dan 12 tahun telah dibakar hingga mati di daerah Jhenaidah barat laut Bangladesh, dipercayai berhubung pertikaian keluarga, menurut polis hari ini.

Polis menangkap seseorang yang disyaki membakar sebuah bilik selepas mengurung kanak-kanak berkenaan di dalamnya pada malam semalam, kata pegawai Emdad Hossain, menambah yang suspek adalah bapa saudara kepada kanak-kanak tersebut.

Jiran-jiran berkejar ke tempat kejadian dan menyelamatkan kanak-kanak berkenaan, namun mereka meninggal dunia di hospital, kata Hossain.

Insiden itu mungkin berkaitan dengan persengketaan antara dua adik-beradik berhubung perkongsian harta keluarga mereka, menurut siasatan awal.

“Kami masih lagi menyiasat perkara tersebut untuk mengetahui hal yang sebenarnya,” ujarnya.

Keganasan dalam pertikaian harta adalah perkara biasa yang berlaku di luar bandar Bangladesh namun punca mengakibatkan kematian kanak-kanak itu jarang terjadi.

ARTIKEL YANG SAMA