Akibat makan di siang Ramadan

Akibat makan di siang Ramadan

BEIRUT, 23 Jun (AFP) – Kumpulan Negara Islam (IS) menghukum gantung dua pemuda kelmarin selepas satu tuduhan mengatakan mereka makan pada siang hari di bulan suci Ramadan, menurut Pusat Pemerhatian Hak Asasi Syria.

“Warga kampung Maydeen di wilayah Deir Ezzor melaporkan bahawa IS menggantung dari satu palang dua lelaki berusia 18 tahun ke bawah berdekatan ibu pejabatnya Hissba,” polis jihad, Rami Abdel Rahman memberitahu AFP.

“Budak-budak tersebut telah digantung menggunakan tali pada satu tiang sejak tengah hari, dan mereka masih berada di sana pada lewat petang,” katanya.

“Nampaknya, mereka ditangkap akibat makan.” Satu pelekat dilampirkan pada badan mereka berbunyi “Mereka membatalkan puasa dengan tiada alasan agama”.

Sepanjang bulan Ramadan,yang bermula Khamis lalu, orang mukmin menahan diri daripada makan, minum, merokok dan melakukan hubungan seks dari subuh hingga matahari terbenam.

IS yang mengawal wilayah di seluruh Syria dan Iraq di mana ia telah mewujudkan “pemerintahan” tersendiri, menyokong aplikasi undang-undang Islam atau Shariah.

Penjihad-penjihad tidak ragu-ragu untuk mengenakan hukuman termasuk pancung, rejam dan sebat.