Akibat meminta imbalan $200

Akibat meminta imbalan $200

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 April – Seorang pembantu pejabat di Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan dijatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas kesalahan rasuah.

Tertuduh, Haji Kula bin Haji Salleh, 53, didapati bersalah menawarkan dirinya untuk mempercepatkan proses pengeluaran wang elaun sara hidup dan meminta imbalan berjumlah $200 daripada seorang anggota berseragam yang berpangkat staf sarjan pada Mac 2012.

“Meskipun pemberi wang itu (anggota berseragam) memberitahu bahawa wang yang diberikan itu adalah sedekah namun perbuatan tertuduh yang menerima wang itu tetap salah di bawah Akta Pencegahan Rasuah,” tegas Pemangku Majistret Kanan, Azrimah binti Haji Abd Rahman sambil memerintahkan hukuman ke atas tertuduh bermula 18 April 2015, tarikh dia disabitkan.

ARTIKEL YANG SAMA