Akibat mencuri ‘burung’

Akibat mencuri ‘burung’

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160322_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Mac – Seorang lelaki tempatan dijatuhi sembilan bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini, kerana mencuri burung, melakukan kerosakan pada sangkar burung dan curi.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli menjatuhkan hukuman itu ke atas Awangku Saiful Nizam bin Pengiran Metassan, 34, yang dituduh mencuri dua ekor burung koktel berharga $500 dan tiga ekor burung bebe yang berharga $18 seekor berserta sangkarnya di Rancangan Perumahan Negara Rimba pada 30 Oktober 2014 kira-kira jam 4 pagi.

Dia juga berdepan dakwaan merosakkan sangkar burung berharga $138.

Tertuduh juga didakwa mencuri satu iPad Mini di sebuah kedai di Kampung Sungai Hanching pada 21 Mac 2016 kira-kira jam 11 pagi.

Berdasarkan fakta kes, pada hari tersebut tertuduh telah mencuri burung-burung itu berserta sangkarnya dan menyimpannya dalam but kereta.

Ketika sampai di kediamannya di Kampung Perpindahan Lambak Kanan, tertuduh telah menyebabkan kerosakan pada sangkar burung yang dikunci dengan mangga ketika cuba membukanya.

Polis hanya menemui semula seekor burung koktel dan seekor burung bebe.

Untuk fakta kes curi, tertuduh bersama rakannya pergi ke sebuah kedai yang terletak di Kampung Sungai Hanching. Ketika meninjau ke belakang bahagian kedai, tertuduh terlihat iPad Mini dan mengambilnya.

Polis menemui semula iPad Mini itu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Dayangku Hazirah binti Pengiran Mohd Yusof.

ARTIKEL YANG SAMA