Akibat mengambil dadah

Akibat mengambil dadah

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Julai – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi denda $1,500 ke atas seorang lelaki tempatan yang mengaku bersalah mengambil dadah pada 2013.

Mohammad Jafri bin Haji Sahak, 37, didakwa mengambil Methylamphetamine pada atau sekitar 2 Julai 2013.

pg06_160727_mahkamah logo2

Pegawai Pendakwa Narkotik, Norizanullah binti Haji Awang Jaya memaklumkan mahkamah, defendan diberkas oleh sepasukan pegawai narkotik di sebuah rumah di STKRJ Kampung Lumapas di mana sampel air kencing yang diambil daripadanya setelah dianalisis didapati mengandungi dadah.

Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman memberi tempoh sehingga 27 Oktober 2016 untuk Mohammad Jafri membayar denda itu, dan jika gagal akan berdepan tiga bulan penjara.

ARTIKEL YANG SAMA